Resepi Roti Jala

 Dihantar Oleh Pada 09 November, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3 orang
Description

Kekal lembut walaupun sampai ke petang. Sori gambar tak sempat nak upload. * Gambar dari laporan masakan oleh coveredgirl

Share:
Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 camb minyak masak
  • 1 camt garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 4 cawan air/santan/ susu segar
Cara-cara
  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.

  2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

  4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.