Resepi Nasi Lemak Tumis

 Dihantar Oleh Pada 07 November, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6 orang
Description

Resepi dr blog aunty N...satu cara lagi nk masak nasi lemak

Share:
Bahan-bahan
  • 3 cawan beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan air
  • 1/2 sudu besar halba
  • 1 daun pandan
  • 1 cm halia-hiris halus
  • 1 batang serai-titik
  • 2 biji bawang merah-hiris
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi
Cara-cara
  1. Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing. masukkan air n santan, kacau hingga pecah minyak.

  2. bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n garam.

  3. pastu masak seperti nasi lemak biasa..

  4. hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur n ikan bilis goreng.

Tags 
  •   nasi