Dihantar Oleh Pada 05 November, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 12-15 keping sederhana besar
Description

Teringat zaman undergrade dulu.. member ajak mkn kat chapati razak di Kajang, tmpt yg sentiasa ramai sgt customer, berjam2 tunggu pun sanggup.my mum try test buat cara sendiri.. waa.. sedap lg pada yg dibeli..after that, kami tidak lagi ke chapati razak... buat sendiri lerrrr...

Share:
Bahan-bahan
  • 750 g tepung gandum
  • 250 g tepung naik sendiri
  • 250ml plain yogurt (low fat pun boleh)
  • 1 sudu serbuk yeast ( rendam dlm secawan air suam)
  • 2 sudu butter (olive oil lg sedap)
  • 2 sudu gula
  • sedikit garam
  • - untuk naan cheese
  • Grated cheese
  • gula
Cara-cara
  1. Rendam terlebih dulu yis didalam cawan berisi air suam2 kuku. Tunggu sehingga yis timbul.

  2. Sementara itu, di dalam mangkuk berasingan. campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula garam dan butter dan digaul rata.

  3. masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati dan lembut, masukkan air sedikit demi sedikit jika perlu (if adunan terlalu kering)

  4. uli sehingga agak lembut, dan bulat2kan untuk diperam seketika ( sampai kembang dan gebu)

  5. canai leper, dan bakar atas kuali (prefferable non stick pan) leper tanpa minyak, api kecik, tunggu sampai kembong2 seperti dlm gambar, baru terbalikkan

    data.jpeg
  6. utk Naan cheese:

  7. setelah canai leper, taburkan cheese dan gula

    data.jpeg
  8. canai another naan and tindihkan dan canai semula

    data.jpeg
  9. note: -

  10. apabila mencanai leper jgn terlalu nipis, sedang2 - apabila bakar biasanya ia akan mengelembung, pastikan api kecik, dan terbalik2kan naan jika perlu - plain Naan: sedap dimakan bersama kari, dalca, sambal tumis, yogurtmint dan macam2 lagi - Naan cheese: sedap dimakan begitu saja...bebudak mesti suka, ada jugak yg gantikan cheese dgn butter, coklat spread, dll