Dihantar Oleh Pada 25 October, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 biji kek
Description

resepi from zairul&zack fotopages.. alternatif kepada resepi yg glemer dr widad.. resepi dr widad tu mmg sedap.. tapi saje je sy nak share this another recipe.. =)

Share:
Bahan-bahan
  • Untuk gula hangus:
  • 210 g gula
  • 240 g air
  • 80 g butter
  • Untuk kek:
  • 6 biji telur
  • 160 g susu pekat
  • 180 g tepung gandum *
  • 2 1/2 sudu kecil baking soda *
  • * Bahan2 ini diayak bersama
Cara-cara
  1. Gula hangus: Masak gula di dalam sebiji periuk sehingga berwarna keperangan. Kemudian, tambah air dan kacau sehingga gula larut dalam air semula.

  2. Tambah butter, tutup api dan biar butter cair dlm gula hangus tu. Ketepikan.

  3. Pukul telur sedikit dengan hand whisk. Tambahkan susu pekat dan kacau hingga sebati.

  4. Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking soda tadi ke dalam bancuhan telur dan kacau sehingga sebati.

  5. Tambahkan gula hangus ke dalam adunan dan gaul sebati.

  6. Sapukan sedikit butter ke dalam loyang pembakar dan alas dgn kertas baking. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan biar selama 5-10 minit supaya baking soda dpt bertindak balas.

  7. Bakar adunan di dalam oven selama 1 jam pada suhu 180 deg C. Siap, dan hidangkan.

Tags 
  •   kek