Resepi Pak Choy Masak Sos Tiram

 Dihantar Oleh Pada 29 September, 2006
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang
Description

Menu macam kat hotel2 tu.... (gambar dr laporan masakan)

Share:
Bahan-bahan
  • Utk basuh sebelum potong;
  • 1 bekas air
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Bahan utk masak ;
  • - 2 sudu kecil minyak masak/zaitun -
  • - halia (sebesar ibu jari)dipotong/racik halus
  • - 2 ulas bawang putih diracik halus
  • - 5 sudu besar sos tiram (ikut rasa)
  • - gula secukup rasa
  • - 1/2 cawan air
Cara-cara
  1. Bersihkan sayur tersebut dan rendamkan ia sekejap dalam bekas yang berisi air dan dicampurkan dengan minyak masak (spy sayur kelihatan segar ketika dimasak dan mengelakkan zatnya hilang)

  2. Panaskan minyak dan tumis halia serta bawang putih sehingga naik bau

  3. Masukkan sayur tersebut dan kuali tersebut ditutup dengan penutup (stir-fry). Biarkan selama 3 minit.

  4. Kemudian, masukkan gula (secukup rasa) dan air. biarkan selama 3 minit.

  5. Akhir sekali, masukkan sos tiram dan tepung jagung yang telah dicairkan. Biarkan jap dalam 3 minit.

  6. Ok, dh siap utk dihidangkan....

Komen