Resepi ? Biskut Dahlia Permata ?

 Dihantar Oleh Pada 13 October, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 70 - 80 biji
Description

biskut wajib tiap kali raya : )

Share:
Bahan-bahan
  • 320gram mentega
  • 250gram tepung gandum
  • 150gram tepung kastard
  • 100gram tepung jagung
  • 100gram gula aising - boleh tambah kalau suka manis
  • 2 biji kuning telur
  • 1/3 sudu teh esen vanilla
  • BAHAN2 HIASAN:
  • gula aising
  • mentega
  • strawberry emulco (perasa & pewarna)
Cara-cara
  1. Mentega & gula aising dipukul sehingga gebu

  2. Masukkan esen vanilla & kuning telur. Kacau adunan sehingga sebati

  3. Masukkan pula tepung gandum, tepung jagung & tepung kastard (diayak terlebih dahulu) sedikit demi sedikit . Uli doh sehingga lembut & sebati.

  4. Ambil sedikit doh & masukkan ke dalam acuan bunga dahlia. Tekan ke dalam cawan kertas.

  5. Kemudian, bakar selama 20 minit pada suhu 150C

  6. Apabila, biskut sudah masak, sejukkan dahulu sebelum dihias

  7. Untuk hiasan, pukul gula aising & mentega sehingga gebu & masukkan emulco kegemaran anda. Kacau sebati

    data.jpeg
  8. Ambil sehelai kertas dan buatkan corong. Masukkan ising ke dalam corong tersebut dan hiaskan biskut anda

  9. Akhir sekali, tabur manik warna warni diatas ising dengan menggunakan sudu kecil. Biarkan ising sejuk dahulu sebelum biskut disimpan

Komen