Spaghetti Goreng

Resepi Spaghetti Goreng

 Dihantar Oleh Pada 10 October, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Untuk tukar selera

Share:
Bahan-bahan
  • Spaghetti 1 paket - rebus hingga kembang sikit, bubuh garam buat perisa dn minyak sikit supaya tak lekat
  • Lada Capsicum 3 warna - potong dadu kecil
  • Bawang Putih 15 biji - kisar halus
  • Cendawan Shitake - hiris
  • Instant Crab Sticks 1 paket - potong 3
  • Sosej Ayam 1 paket - potong serong 4
  • Isi Ayam 1/2 kilo - goreng tepung dn potong kecil
  • Prego Spaghetti Sauce 1 botol kecil - saya guna yg ade Mushroom
  • Serbuk Lada Hitam Kasar
  • Minyak Zaiton utk menggoreng - boleh juga gunakan minyak biasa
Cara-cara
  1. Tumis bawang putih, sukatan minyak ikut suka. Bila dah naik bau, masukkan spaghetti sauce.

  2. Gaulkan tumisan kemudian masukkan capsicum. Tumis hingga layu sedikit. Jika sos kering, tambahkan air sikit.

  3. Masukkan crabsticks, sosej dn isi ayam. Biarkan sampai sos mendidih.

  4. Dah tu, masukkan cendawan dan akhir sekali spaghetti. Taburkan lada hitam ikut suka pedas. Kalou saya, suka letak banyak2, sedap.

  5. Gaul rata semua bahan, padamkan api. Bolehlah hidangkan.

Komen