Kuih Siput Pedas

Resepi Kuih Siput Pedas

 Dihantar Oleh Pada 10 October, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 150-250 biji
Description

resepi tersendiri

Share:
Bahan-bahan
  • 600gram tepung gandum
  • 2 oz marjerin
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 pelepah daun kari
  • 1 biji telur ayam
  • 1 cawan teh air
  • 1 sudu teh penuh garam halus
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. tepung gandum dan marjerin digaul rata dengan menggunakan tangan dan diketepikan.

  2. cili kering yang dibuang biji ditumbuk dan ditambah padanya daun kari yang dibuang urat daunnya, tumbuk sehingga hampir lumat.

  3. cili kering dan daun kari yang telah ditumbuk dibancuh bersama air, garam dan telur kemudiannya dituang ke dalam adunan tepung tadi, diuli sehingga rata.

  4. Jika adunan agak keras, tambah air sedikit-sedikit, jika agak lembik tambah gandum sedikit sedikit, terus menguli hingga adunan menjadi lembut dan sekata.

  5. doh digentel bulat-bulat berdiameter lebih kurang 1 cm, kemudian digelek di atas acuan kuih siput, selepas siap ia digoreng dengan minyak yang banyak dibalik-balik agar masak sekata. Kuih siput sudah masak apabila kelihatan keperang-perangan, diangkat dan ditoskan