Ayam Masak Lemak Cili Api

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

 Dihantar Oleh Pada 29 September, 2006
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 org mkn
Description

ini masakan simple lah utk ayam masak lemak cili api.senang dan tak cerewet tp sedap kalau cuba...

Share:
Bahan-bahan
  • santan kelapa dari kotak kecik(ambik setengah sahaja
  • bawang merah 2 ulas (ditumbuk)
  • bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
  • cili padi 12 biji (ditumbuk)
  • sekeping asam keping
  • sebatang serai (dititik)
  • setengah sudu kecik serbuk kunyit
  • ayam 6 ketul
Cara-cara
  1. campurkan santan bersama air di dalam periuk dan dikacau (jgn letak atas api lagi)

  2. masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, asam keping, serai, kunyit dan ayam. kacau sehingga serbuk kunyit tidak berketul.

  3. kemudian letak periuk di atas api yg paling kecil dan kacau.

  4. kacau sehingga mendidih dan siap utk dihidangkan.