Agar-Agar Kering

Resepi Agar-Agar Kering

 Dihantar Oleh Pada 05 October, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Anggaran 1/2 kilo
Description

Resipi daripada jiran (makcik tua) yang selalu buat untuk perayaan

Share:
Bahan-bahan
  • 33gm agar-agar
  • 150gm gula batu
  • 1.2kg gula pasir
  • Air secukupnya
  • Pewarna kuning, merah & hijau
Cara-cara
  1. Rendam agar-agar selama 4 jam. Toskan

  2. Sukat agar-agar dengan mangkuk; jika agar-agar semangkuk, pastikan airnya dua mangkuk.

  3. Jerang agar-agar,air,gula batu dan gula pasir. Kacau sekali-sekala hingga tinggal separuh.

  4. Bahagikan tiga dan warnakan secara berasingan. Tuang ke dalam loyang dan biar keras.

  5. Potong agar-agar mengikut suka. Lapik dulang dengan kain jarang dan susun potongan agar-agar di atasnya. Jemur di bawah matahari.

  6. Balik-balikkan agar-agar supaya rata keringkan dan tidak melekat. Bila agar-agar mulai bersaka ( kristal gula yang keputih-putihan) , bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.

Komen