Lempeng Simple

Resepi Lempeng Simple

 Dihantar Oleh Pada 05 October, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 12 keping
Description

Resepi daripada mak

Share:
Bahan-bahan
  • Tepung Gandum Setengah Kilo
  • Air secukupnya
  • sedikit garam
  • untuk kuah nya pulak
  • 1 tin kecik sardin
  • 5-7 tangkai cili kering (kalau nak pedas leh tambah lagi)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit garam dan gula
Cara-cara
  1. Tepung gandum digaul dengan air sehingga menjadi tidak terlalu cair atau pekat

  2. Masukkan sedikit garam (ikut suka)

  3. Ratakan minyak masak di dalam kuali supaya tidak melekat

  4. kemudian ambil sesenduk tepung yang telah siap digaul tadi dan ratakan di atas kuali

  5. Balikkkan lempeng tadi dan boleh mulakan yang seterusnya.

  6. Untuk kuahnyer pulak,

  7. cili kering, bawang besar dan bawang putih di kisar sekali dan tumiskan di dalam kuali dengan sedikit minyak

  8. Isi sardin tadi perlu dikisar atau ditumbuk lumat (tuk senang, blender jea)

  9. setelah bahan yang ditumis tadi naik bau dan agak kering masukkan sardin yang telah dikisar tadi

  10. masukkan sedikit garam dan gula sebagai perisa

  11. Kacau sehingga kuah agak pekat

  12. untuk hiasan leh taburkan bawang goreng dan sedikit cili masak (yang dah hiris)

  13. Lempeng sedia untuk dimakan, sedap... cubalah rasa

Komen