Resepi Swiss Roll Tembam & Fluffy Buttercream

 Dihantar Oleh Pada 05 October, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8 roll
Description

D rekomen resipi ini. Ramai kawan-kawan di Forum Resipi Diana yang telah mencubanya dan berjaya menghasilkan Swiss Roll Tembam ini. Kombinasi swiss roll dan buttercream, kegebuan, kelembutan dan buttercream yang ala ice-cream memang digemari keluarga D. Walaupun my first attempt buat Swiss Roll yang bersalin kulit tidak menarik tapi dari segi rasa memang kelassss... cubalah

Share:
Bahan-bahan
  • Untuk Swiss Roll Tembam
  • 20 biji kuning telur (sejuk)
  • 12 biji putih telur (sejuk)
  • 375 gram gula halus
  • 2 sudu teh double acting baking powder
  • 40 gram ovalette
  • 50 ml air sejuk (dari peti sejuk)
  • 200 gram tepung gandum/ tepung hong kong/ top flour
  • 120 gram tepung jagung
  • 200 gram mentega, dicairkan (hangat)
  • Untuk Fluffy Buttercream
  • 500 gram krimwell
  • 250 – 300 gram gula aising
  • 250 gram majerin/ mentega
  • 10 – 12 ketulan air batu (ice cubes)
Cara-cara
  1. Cara membuat Swiss Roll Tembam

    open-uri20151010-29872-op2loe
  2. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk mixer kecuali mentega. Pukul pada kelajuan tinggi sehingga ia likat dan pekat seperti digambar.

    open-uri20151010-29872-auxmeu
  3. Kemudian masukkan mentega cair dan pada kelajuan perlahan pukul sehingga adunan sebati.

    open-uri20151010-29872-k0pwt6
  4. Ini adunan yang telah digaul sebati dengan mentega cair.

    open-uri20151010-29872-uo2y0y
  5. Gunakan daya kreativiti anda untuk mencorakkan design pada Swiss Roll. Apa yang D gunakan. - Tuala yang bersih, spray sikit dengan air jangan terlalu basah nanti Swiss Roll melekat - mangkuk secukupnya untuk you all warnakan adunan Swiss Roll

    open-uri20151010-29872-d9zj7j
  6. D menggunakan loyang berukuran 10 x 10 x 1 inci. Alaskan kertas kuih pada dasar loyang dan isikan adunan setengah ketinggian loyang. Tidak payah anda sapukan mentega pada loyang ataupun kertas kuih. Kertas kuih yang telah digunakan boleh diterbalikkan untuk digunakan pada bahagian bawah untuk membakar Swiss Roll yang baru.

    open-uri20151010-29872-f930lw
  7. Bakar menggunakan ‘api atas bawah’ selama 180’C selama 8 minit atau sehingga permukaan swiss roll bertukar warna kekuningan coklat.

    open-uri20151010-29872-1p04zjv
  8. DESIGN YANG D CUBA BUAT

    open-uri20151010-29872-1ow9slk
  9. Design memang D hentam sahaja, ada macam Cik Abang D cakap macam belang harimau pun ada. D hanya gunakan hujung sudu dan lorekkan bentuk “U� turun naik dan ada juga D bentukkan seperti ‘comma’, you all boleh ler juga buat ala macam marble ke apa-apa yang suka. Nak tabur chocolate rice pun boleh, macam-macam boleh buat.

    open-uri20151010-29872-kopww4
  10. Lagi satu design D gunakan lorek 'comma'

    open-uri20151010-29872-19c45a0
  11. Cara membuat Fluffy Buttercream

  12. Pukul krimwell, gula dan majerin/ mentega sehingga ia sebati.

  13. Masukkan satu persatu ketulan air batu. Nanti akan bunyi keletang kelenting dalam mangkuk mixer, tak apa jangan risau memang macam gitu.

  14. Ketulan air batu inilah yang akan membuat buttercream ini fluffy (gebu).

    open-uri20151010-29872-1ps6j4i
  15. Nota: Buttercream ini boleh anda sediakan terlebih dahulu, simpan dalam Tupperware letak kat dalam peti sejuk. Boleh juga gunakan Nutella ataupun Coklat Ganache. Anda juga boleh pelbagaikan rasanya seperti: - Blueberi Buttercream – letak sikit blueberry filling dalam buttercream Strawberry Buttercream – letak sikit strawberry filling dalam buttercream Chocolate Buttercream – letak sikit chocolate emulco dalam buttercream

Tags 
  •   kek
  • Komen