Resepi Laksa Sarawak

 Dihantar Oleh Pada 29 September, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 orang
Description

Masakan dari Sarawak dan masa dianggarkan untuk memasak 30 minit. Gambar dari Laporan Masakan

Share:
Bahan-bahan
  • 1 paket mee bee-hoon
  • 1 paket besar perencah laksa (boleh didapati di pasaraya)
  • 1 biji kelapa parut
  • 1/2 kg taugeh
  • 1/2 kg isi ayam (tulang ayam untuk air rebusan ikut suka)
  • 1/2 kg udang
  • 3 biji telur ayam
  • Daun ketumbar
  • Limau nipis
  • (Sambal):
  • 2-3 sudu cili kering ditumbuk
  • Bawang merah dan putih ikut suka
  • Belacan sebesar 1/2 kotak mancis
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-cara
  1. Masukkan 5 cawan air rebus tulang ayam bersama-sama isi ayam ke dalam periuk.

  2. Rebus isi ayam hingga masak kemudian diangkat.

  3. Masukkan udang, rebus sebentar kemudian diangkat.

  4. Masukkan perencah laksa Sarawak bersama air rebusan tadi, reneh/didih dengan api perlahan selama 20 minit.

  5. Sementara menunggu, celur taugeh dan mee tadi. Goreng telur dadar, kupas udang dan siat isi ayam. Ketepikan.

  6. Perahkan santan sebanyak 4 - 5 cawan ikut suka.

  7. Sekarang bolehlah bee-hoon di hidang bersama-sama ayam yang disiat tadi, udang, taugeh, telur dadar dan daun ketumbar, limau dan sambal. Siramkan laksa tersebut dengan kuah yang disediakan tadi.