Dihantar Oleh Pada 05 October, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 50 - 60 ketul
Description

Resipi ini adalah hasil sumbangan Kak Zubaidah. Sekali D mencuba terus menjadi, dan rasanya memang ranggup dan sedap.

Share:
Bahan-bahan
  • 130gm mentega
  • 60gm gula aising
  • 160gm tepung gandum
  • 20gm tepung jagung
  • 20gm tepung kentang
  • 10 gm tepung kastad
  • 1/4 sudu teh serbuk penaik
  • 20gm serbuk badam
  • Topping
  • coklat, yang telah dicarikan dengan sedikit minyak
  • butiran permata, sebagai hiasan
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama dengna serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.

  2. Canai doh dan kemudian gelek dengan penggelek gerigi dan teram dengan acuan ais krim. Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 180 darjah C sehingga ia masak.

  3. Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.

  4. Ini pula adalah contoh penggelek gerigi yang juga selalu kita gunakan untuk buat tart gulung dan contoh acuan untuk buat Biskut Fancy Ice Cream.

    data.jpeg
Komen