Dihantar Oleh Pada 03 October, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 120 - 150 keping, bergantung pada saiz acuan
Description

Lemak, sedap dan harum.....

Share:
Bahan-bahan
  • BAHAN DOH TAT:-
  • 680 g tepung gandum
  • 400 g mentega
  • 1 kuning telur
  • 2 camca besar gula aising
  • 2 camca teh esen vanilla
  • 2 - 3 titik pewarna kuning
  • 1/4 cawan air sejuk dari peti ais
  • UNTUK JEM NENAS:-
  • 8 cawan parutan nenas
  • 6 cawan gula pasir
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 camca besar mentega
Cara-cara
  1. UNTUK JEM NENAS:- Perah sedikit jus nenas tapi jgn sampai kering. Masukkan dalam kuali bersama gula pasir dan masak hingga gula larut. Masukkan kayu manis dan bunga cengkih, masak hingga kering tapi masih lembap. Masukkan mentega dan gaul rata. Padamkan api dan biar sejuk, boleh digentel mengikut saiz acuan tat masing2. Ketepikan.

  2. UNTUK DOH:- Satukan mentega, gula aising, kuning telur, esen vanilla dan pewarna kuning dalam satu bekas dan kacau hingga semua bersatu dan adunan berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, adunan akan berupa seakan2 serbuk roti. Masukkan sedikit air ais tadi dan gaul hingga adunan menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Jangan bimbang jika air tidak habis. Bulat2kan doh dan simpan dalam peti sejuk 30 minit.

  3. UNTUK MEMBUAT TAT NENAS:- Ambil segenggam doh dan canai 1/2 cm tebal, terap dgn acuan tat kegemaran, susun dalam dulang pembakar. Isi inti dalam kulit tat tadi. Buat hingga siap. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Komen