Resepi Cucur Badak

 Dihantar Oleh Pada 01 October, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 15 biji
Description

senang je..

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kg keledek
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • INTI (SERUNDING):
  • 1/2 biji kelapa (parut)
  • 70 gm udang basah
  • *2 biji bawang merah
  • *2 biji bawang putih
  • *Setangkai cili merah
  • *1 inci lengkuas
  • *1/2 inci kunyit
  • *Sebatang serai
  • 2 sudu besar (rata) gula
  • Garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Rebus keledek + sedikit garam sehingga masak (TP, jgn tunggu sampai terlalu lembik). Toskan.

  2. Lenyek (hancurkan) keledek bersama sedikit tepung. (*Tepung diselaraskan dengan kekerasan keledek. Jika lembik, campur lebih & begitu sebaliknya. Fungsi tepung ialah untuk melekatkan keledek supaya mudah dibentuk. Terlalu banyak tepung kuih jd keras n rasanya kurang sedap)

  3. INTI: Kisar bahan bertanda *

  4. Tumis sehingga 1/2 garing

  5. Tumbuk udang sehingga lumat dan masukkan ke dalam tumisan tadi

  6. Anggaran masa udang telah masak (kira-kira 3 minit), masukkan pula kelapa parut

  7. Masukkan gula dan garam

  8. Masak atas api sederhana sehingga mendapat tahap kekeringan serunding yang ideal

  9. Bulat-bulatkan adunan keledek. Leperkan pada tangan dan letakkan intinya. Tutup semula dan leperkan sedikit

  10. Goreng menggunakan api sederhana. Api kecil akan menyebabkan kuih resap minyak dan api besar pula membuatkan kuih cepat hangus diluar tp tidak masak didalamnya

  11. P/S: Adunan keledek ni jika diisi dalamnya dengan gula pasir maka jadilah kuih cek mek molek pula..

Komen