Resepi Biskut Ole - Sayang

 Dihantar Oleh Pada 01 October, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 100 - 120 keping, bergantung pada acuan
Description

Tak tau lah apa nak kata dah, sebab letih, kalau sudi boleh lah cuba yeaa...yang penting rasa tidak mengecewakan!!!

Share:
Bahan-bahan
  • BAHAN A:-
  • 165 g mentega
  • 90 g gula aising
  • 1 kuning telur
  • 1 camca teh minyak sapi
  • BAHAN B:-
  • 120 g tepung kacang hijau*
  • 140 g tepung naik sendiri (self-raising flour)*
  • 80 g tepung gandum*
  • 1/2 camca teh sodium bicarbonat*(*digaul dan diayak)
  • 50 g Hazelnut, dikisar halus
  • BAHAN HIASAN:-
  • Kuning telur untuk disapu
  • Bijan secukupnya
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati, masukkan kuning telur dan minyak sapi, pukul lagi hingga berkrim. Tidak perlu terlalu kembang.

  2. Satukan hazelnut kisar bersama2 tepung yang telah diayak tadi. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam no.1 hingga menjadi doh. Doh akan kelihatan sedikit kering.

  3. Keluakan doh tadi dan kepal2kan. Tutup dengan tuala lembap. Ambil sebahagian doh, canai setebal 1/2 cm dan terap mengikut acuan yg digemari. Susun dalam dulang pembakar.

  4. Sapu permukaan biskut dengan kuning telur dan tabur sedikit bijan. Bakar pada suhu 150C selama 12 - 15 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua