Dihantar Oleh Pada 01 October, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 60-75 biji
Description

Biskut yg menjadi kegemaran ramai.

Share:
Bahan-bahan
  • 300gm mentega/marjerin
  • 375gm tepung gandum
  • 130gm tepung jagung
  • 100gm gula icing
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Utk hiasan
  • -1 biji putih telur
  • -100gm gula icing
  • -1 sudu besar tepung jagung
Cara-cara
  1. Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.

  2. Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.

  3. Masukkan esen vanila.

  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.

  5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".

  6. Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi.

  7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.

  8. ***utk HIASAN***

  9. Pukul putih telut hingga gebu.

  10. Masukkan gula & tepung. kacau sebati.

  11. Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.

  12. Sapukan putih telur keatas biskut

  13. Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.