Resepi Rose Tart

 Dihantar Oleh Pada 30 September, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: kurang lebih 40 ketul
Description

Cantik, menarik dan sedappp!!!...resipi unggul dari "mamafami"...

Share:
Bahan-bahan
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 cawan tepung jagung (cornstarch)
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan margerina
  • 1 kuning telur
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • Tepung gandum secukupnya (kurang lebih 1 3/4 cawan)
  • Jem strawberry atau raspberry secukupnya
  • Paper cup saiz kecil
Cara-cara
  1. UNTUK DOH:- Pukul mentega, margerina dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim. Masukkan tepung jagung dan gaul hingga rata, kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.

  2. UNTUK ROSE TART:- Canai doh setebal 1/2 cm, terap dengan acuan bulat berbiku (saiz=3cm). Sapu doh yang diterap tadi dengan sedikit jem strawberry/raspberry. Perlu 2 keping untuk 1 tart rose.

    open-uri20151010-29872-7qpxp5
  3. Lipat dua setiap keping doh yang disapu jam tadi.

    open-uri20151010-29872-3m62gp
  4. Bentukkan doh tadi menjadi seperti huruf "U", buat secara berhati2..

    open-uri20151010-29872-e34b0i
  5. Cantumkan dan kemaskan cantuman tadi sehingga elok rupa parasnya..

    open-uri20151010-29872-o0bcod
  6. Masukkan rose tart tadi ke dalam paper cup. Buat hingga siap dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 15 minit, sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

    open-uri20151010-29872-m21qal
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua