Dihantar Oleh Pada 28 September, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 bekas kecil
Description

Hasil eksperimen...2 hari lepas

Share:
Bahan-bahan
  • 2 cawan kacang hijau
  • 1/2 cawan gula(kalau nak manis tambah lagi)
  • kulit popia secukupnya
  • 1 biji telur
  • minyak masak
Cara-cara
  1. kacang hijau digoreng tanpa minyak hingga masak dengan api yang kecil. -buang kulit(proses ini sy tak lalui sebab sy beli kacang hijau yang memang dah tak ada kulit..kehkehkeh)

  2. kisar kacang bersama dengan gula hingga halus...tapis jika perlu. ketepikan.

  3. *********

  4. Kulit batang buruk....

  5. potong kulit popia kecil-kecil bersaiz lebih kurang 2cm x 4cm...kalau nak buat saiz lebih besar boleh aje!!

  6. Pukul telur sedikit..

  7. Gulungkan kulit popia, sapu telur di bahagian hujungnya supaya gulungan tidak terbuka. Buat hingga habis...goreng hingga kekuningan-kuningan.. -Toskan.

    data.jpeg
  8. Lumurkan kulit popia , dan masukkan juga ke dalam bahagian yang berongga dengan tepung kacang hijau tadi,

  9. Simpan dalam bekas kedap udara atau boleh lah di ngap terus!