Resepi Ayam Goreng Rempah

 Dihantar Oleh Pada 18 September, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8 orang
Description

Sedap sampai ke tulangnya...

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam - dipotong 8
  • 4 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 3 sudu besar serbuk ketumbar
  • Kunyit - sebesar saiz ibu jari
  • Halia - sebesar saiz ibu jari
  • 1/2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Tumbuk bersama-sama kunyit, halia dan garam sehingga 1/2 lumat

  2. Masukkan pula bawang merah, bawang putih, garam dan gula. Tumbuk lagi.

  3. Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi beserta dengan serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar pada ayam sehingga rata

  4. Perapkan ayam antara 15 - 20 minit

  5. Akhir sekali, goreng menggunakan api sederhana

Tags 
  •   ayam
  • Komen