Resepi Roll Sosej & Sos Unik

 Dihantar Oleh Pada 18 September, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8 ketul
Description

Sesuai untuk budak2, mak budak dan bapak budak......

Share:
Bahan-bahan
  • 8 keping roti sandwich
  • 8 batang sosej ayam, celur dan toskan
  • 2 biji telur
  • 1/2 camca teh serbuk lada sulah
  • 2 camca besar bijan
  • 1 camca besar tepung gandum*
  • Sedikit air*(*disatukan hingga menjadi pes)
  • Minyak untuk menggoreng
  • BAHAN SOS UNIK:-
  • 2 camca besar mayonise
  • 2 camca besar sos cili
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 10 biji jeruk capers, dicincang halus
Cara-cara
  1. ROLL SOSEJ:- Gelek setiap keping roti hingga leper dan nipis. Letak sebatang sosej dan gulung. Letak sedikit pes tepung pada hujung roti dan habiskan menggulung. Pes bertindak sebagai gam.

    open-uri20151010-29872-1sjdsop
  2. Bancuh telur dan serbuk lada sulah, kacau hingga rata. Celup roti tadi dan gelek dengan sedikit bijan.

    open-uri20151010-29872-5mkyw5
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama "sos unik".

    open-uri20151010-29872-5k055z
  4. SOS UNIK:- Satukan semua bahan2 sos dan kacau hingga rata dan sebati. Hidangkan bersama roll sosej...Selamat mencuba...