Resepi Kerabu Sotong

 Dihantar Oleh Pada 17 September, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang makan
Description

Segar dan cukup masam, masin dan manisnya!

Share:
Bahan-bahan
  • 300 gm sotong – potong cincin
  • 1 ulas bawang besar merah – dihiris nipis
  • 5 urat kacang panjang – dipotong anggaran 1-2 cm
  • 1 biji tomato – dipotong kecil
  • 1 batang serai – dihiris halus
  • 2 biji cili merah – dicincang kasar
  • 5 biji cili api – diketuk dan cincang kasar
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 ½ biji limau nipis
  • Segenggam daun ketumbar
  • Gula nira (Kelantan) atau gula Melaka atau gula merah yang telah dicairkan dengan air – secukup rasa
  • Garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Sotong direbus dahulu hingga masak. Ketepikan.

  2. Bancuh gula, sos ikan dan garam terlebih dahulu. Kemudian masuk semua bahan lain termasuk sotong. Perah limau nipis. Gaul rata dan rasa supaya dapat balance masam, manis dan masin mengikut selera.

  3. Kerabu ini enak dihidang sejuk.

  4. NOTA : Semua sukatan adalah anggaran, boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Elok dimasinkan sedikit supaya sesuai rasanya bila dimakan dengan nasi putih. Secret ingredient untuk kerabu ini ialah gulanya, jangan pakai gula putih.

Komen