Dihantar Oleh Pada 16 September, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 21 x 21 cm
Description

Resepi ini telah di berikan oleh seorang kakak yang meniaga kek. Cubalah memang sedap saya pun buat meniaga juga.Selamat mencuba.

Share:
Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • 250 gm buttercup
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • *1 cawan serbuk koko
  • *1/2 cawan gula halus
  • *1 cawan air panas
  • *1/2 cawan susu cair
Cara-cara
  1. Masukan bahan yang bertanda * serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan *susu cair kacau rata dan ketepikan.

  2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,

  3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.

  4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.

  5. Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.Selamat mencuba.