Kacang Panjang Goreng Bersama Telur

Resepi Kacang Panjang Goreng Bersama Telur

 Dihantar Oleh Pada 13 September, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang makan
Description

resepi ringkas bersahur tadi

Share:
Bahan-bahan
  • Kacang panjang (dalam 5 batang)
  • 2 biji telur ayam
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Kicap secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak
Cara-cara
  1. Kacang panjang dipatah2kan sepanjang seinci

  2. Bawang merah & bawang putih di mayang

  3. Panaskan minyak dalam kuali & tumiskan bawang merah/putih yg dimayang tadi

  4. Setelah bawang agak layu, masukkan kacang panjang yg telah dipatah2kan tadi

  5. Kacau sehingga kacang panjang agak layu, pecahkan telur terus ke dalam kuali. Kacau2kan agar kacang panjang & telur bercampur.

  6. Apabila telur agak2 separuh masak, tuangkan kicap & kacau sentiasa supaya kicap akan menyaluti masakan. (kicap tu, agak2 la, jgn sampai hitam legam plak)

  7. apabila telur dah masak, angkat & hidangkan. Masakan ni tak perlukan garam, sbb kicap tu dah memasinkan.