Resepi Serabai Kuah Durian

 Dihantar Oleh Pada 11 September, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 org
Description

Resepi Tok..

Share:
Bahan-bahan
  • SERABAI
  • 500 gram tepung beras
  • 300 gram nasi (Kisar bersama sedikit air)
  • 1 1/2 biji kelapa (gunakan air suam utk memerah santan, jdkan 1 liter)
  • 1 1/2 sudu kecil mauripan / Baking Soda
  • Garam secukup rasa
  • KUAH DURIAN
  • 1 cawan gula perang
  • 2 cawan santan
  • Isi durian atau lempok secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • 2 Helai daun pandan (diikat)
Cara-cara
  1. SERABAI

  2. Campurkan mauripan/ baking soda dengan santan suam.Kacau sebati dan campurkan kesemua bahan serabai hingga sebati dan peram sehingga 2 jam.(kecairan bancuhan sama seperti membuat kuih cara)...Kalau nak lagi mudah masuk kan saja dalam blender.dan blend hingga hancur dan halus.

  3. Panaskan acuan serabai dan sapukan sedikit minyak.

    open-uri20151010-29872-qw8wi2
  4. Masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam acuan serabai dan masak hingga adunan masak di atas api kecil.Buat hingga habis adunan.

  5. KUAH

  6. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga pekat.

  7. Siap utk hidangan

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua