Resepi Kek Buah

 Dihantar Oleh Pada 10 September, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 inchi
Description

Kek Buah yang simple dan sedap Resepi dari seorang kawan

Share:
Bahan-bahan
  • 1 tin butter churn (cap tong)
  • 75gm butter
  • 1 tin gula castor (gunakan tin butter churn untuk menyukat)
  • 2 tin tepung gandum
  • 10 biji telur saiz A
  • 1/2 cawan susu cair / 2 sudu makan susu pekat
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 paket prune (anggaran 227gm)
  • 1 kotak mix fruit (anggaran 220gm)
Cara-cara
  1. Masukkan buah prune dalam periuk. Tambahkan air anggaran tengelam buah prune. Jerangkan diatas api. Kacau sambil lenyek-lenyekkan buah prune. Masak sehingga air kering. Sejukkan.

  2. Pukul butter churn, butter dan gula castor sehingga kembang. Jangan terlalu creamy sebab nanti buah-buah kering akan jatuh ke dasar kek.

  3. Masukkan telur satu persatu sambil pukul adunan perlahan-lahan.

  4. Masukkan susu, buah prune yang telah dilenyek dan esen vanilla.

  5. Ayak tepung gandum dengan baking powder. Ambil sedikit tepung dan gaulkan dengan buah-buahan kering.

  6. Masukkan tepung dan buah-buahan kering kedalam adunan berselang seli sambil gaul perlahan.

  7. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 45 minit kemudian turunkan suhu 120C dan bakar lagi selama 20 minit.