Resepi Mee Kolok Mukah (basah)

 Dihantar Oleh Pada 06 September, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 org
Description

Resepi mee kolok dari Sarawak

Share:
Bahan-bahan
  • 1 gulung mee kering (mee sanggul/yee mee)
  • 3 ulas bawang putih (mayang)
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 4 helai daun sawi (potong 1 inci)
  • 1/2 cawan daging / ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi)
  • 3 cawan air rebusan daging/ ayam
  • 1/2 labu bawang besar (potong berbaji halus)
  • Garam , gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa
  • HIASAN - Daun bawang dan bawang goreng secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan bawang besar.Kacau seketika hingga layu.Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam.

  2. Masukkan mee.Biarkan sedikit lembut.Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.Kacau seketika.Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis).Masak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu.

  3. Angkat dan hidang segera.Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng. Tambahkan lada sulah jika suka.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua