Resepi Nasi Goreng Istimewa

 Dihantar Oleh Pada 04 September, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: untuk 4 orang makan
Description

Resepi dari let's Masak-Masak

Share:
Bahan-bahan
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 2-3 biji bawang putih dihiris nipis2
  • sedikit udang saiz sederhana
  • sedikit ayam/daging tanpa tulang - dihiris
  • Bahan A
  • 4 biji baby corn - belah dua
  • 100g kacang peas
  • setengah sudu besar minyak bijan
  • sedikit pepper
  • 3 sudu besar MAGGI seasoning
  • 4 mangkuk nasi - yg sejuk
  • 2 biji telur yg dah dipukul
  • 3 ulas bawang kecil merah - dihiris nipis2
Cara-cara
  1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak didalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga keperangan- jgn sampai hangus

  2. Masukkan ayam/daging, udang dan kacau dalam kuali selama 5 minit.

  3. Masukkan bahan-bahan A dan masukkan juga 3 sudu MAGGI seasoning. Kacau rata dan masak selama 3 minit.

  4. Masukkan nasi dan kacau rata didalam kuali.

  5. Ketepikan nasi dari tengah kuali dan masukkan 1 sudu besar lebihan minyak masak tadi. Goreng telur dan hancur2 kannya.

  6. Seterusnya kacau rata bersama nasi tadi. Setelah masak bolehlah dihidangkan panas2.

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua