Dihantar Oleh Pada 02 September, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 org
Description

My mum yg ajar,senang jek buatnya ;)

Share:
Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan talapia saiz kecik
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 bj lada merah
  • 1" halia
  • 1 btg carrot
  • 4 potong nenas ( dlm tin )
  • 1 bj capsicum hijau
  • 4 btg jagung ( dlm tin )
  • 1 bj bawang besar
  • 5 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • garam dan gula
  • serbuk kunyit
  • 5 sb tepung jagung
  • 2 sb minyak masak
Cara-cara
  1. Sediakan kuali besar,masukkan 5 cawan minyak masak. Panaskan kuali hingga minyak betul2 panas. Sementara itu sediakan ikan.

  2. Ikan dikelar, dilumur garam & serbuk kunyit. Lumurkan pula dengan tepung jagung hingga menutupi semua ikan. Goreng ikan dgn api besar hingga ikan agak garing. Angkat dan ketepikan.

    open-uri20151010-29872-rzl8j5
  3. Carrot dipotong memanjang, capsicum dipotong dadu besar, bwg besar dipotong bulat & tebal, nenas dipotong 6 setiap keping, jagung dipotong serong dan halia dipotong memanjang

  4. Kisar lumat bwg putih,bwg merah & lada merah. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bhn kisar dan halia selama 5minit.

  5. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau sebentar dan masukkan air. Biar mendidih.

  6. Bila mendidih masukkan gula & garam. Masuk pula carrot,jagung,capsicum,nenas dan bawang besar. Biarkan selama 5minit.

  7. Rasa masam manisnya, bila dah ok padam api dan curahkan sos atas ikan yg dah digoreng tadi.

  8. ** Kuahnya cair sedikit, bila dah bercampur dgn ikan, ia akan pekat dgn sendirinya sbb ikan disalut dgn tepung jagung **

Komen