Dihantar Oleh Pada 27 September, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: hidangan utk sekeluarga yg gemar pedas
Description

One of the most popular recipe in Johor. Resepi ni my sister yang ajar sebab dia kawin dengan orang Johor. Dulu saya pun tak pernah makan sebab saya orang Perak. Once dah makan, fuh terangkat! Sedap di makan dengan mee Maggi, bihun atau mee kuning dalam apa jua cara dimasak. Try it now!

Share:
Bahan-bahan
  • Cili Hijau Besar (bilangan biji terpulang pada individu)(selalunya, saya penuhkan 1 botol ladys choice mayonnaise yg besar tu)
  • 1 Botol kecil cuka makan
Cara-cara
  1. Potong (ikut keratan rentas) cili hijau. (potong serong atau lurus terpulang pada individu). Masukkan cili ke dalam bekas bertutup. Ketepikan.

  2. Tuang (habiskan) cuka makan ke dalam periuk. Panaskan sehingga mendidih, dan tutup api. (kalau tak mendidih pun takpe, asalkan betul2 panas). Kalau panaskan pakai microwave lagi cepat, panaskan dalam 1 minit pun dah okay.

  3. Tuang (secepat mungkin) cuka yang masih panas tadi ke dalam bekas yang mengandungi cili potong tadi. Setelah agak sejuk, tutup bekas dan simpan dalam peti ais.

  4. Setelah sejuk, bolehlah dimakan dengan Maggi, bihun atau mee kuning kegemaran anda.