Resepi Nasi Goreng

 Dihantar Oleh Pada 01 September, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 org
Description

senang nk buat

Share:
Bahan-bahan
  • 4 biji lada merah
  • 6 biji cili api
  • 4 cawan nasi putih ( sejuk )
  • 3 ulas bwg putih
  • 4 ulas bwg merah
  • 1 genggam ikan bilis ( direndam air 5minit )
  • 3 biji telur
  • 1 btg timun
  • garam & ajinomoto
  • 5 sb minyak
Cara-cara
  1. Dlm lesung batu masukkan cili api,lada merah dan 1/2 st garam. Tumbuk separuh lumat. Masukkan pula bwg merah dan bwg putih, tumbuk hingga lumat. Masuk pula ikan bilis, tumbuk hingga ikan bilis separuh lumat.

  2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan2 tumbuk dan goreng selama 10 minit dengan api perlahan.Masuk 1st garam dan sedikit ajinomoto.Kacau rata.

  3. Masuk pula nasi putih dan kacau rata. Biarkan selama 10minit dan dikacau sekali sekala.

  4. Di tgh2 kuali, kuak nasi ke tepi utk buat ruang kosong. Masukkan telur dan besarkan api,biar sekejap. Bila telur dah masak separuh,kacau hingga telur hancur. Kemudian baru digaul sekali dgn nasi.

  5. Kecilkan api.Rasalah nasi,jika tawar blh tambahkan sikit garam. Biar nasi masak selama 10minit lagi.

  6. Sedap di makan bersama timun.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua