Resepi Spaghetti Daging Ringkas

 Dihantar Oleh Pada 26 August, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1orang
Description

Spaghetti yang simple dan lazat skali. Belajar dari kawan rapat.

Share:
Bahan-bahan
  • 100g mi spageti
  • 150g daging hancur (minced meat)
  • 1/2 tin tomato puri
  • 2 ulas bawang putih
  • garam
  • minyak zaitun (pakai minyak masak biase pon ok)
  • parmesan cheese dan sedikit daun basil utk hiasan
Cara-cara
  1. Rebuskan mi kira-kira 15 minit atau sehingga lembut. Tambahkan sedikit garam dan minyak masak supaya mi tak melekat2.Toskan.

  2. Potong bawang putih menjadi kecil2.

  3. Panaskan kuali beserta minyak zaiton dan masukkan bawang putih tadi.

  4. Apabila bawang putih mula menjadi kuning-perang, masukkan daging dan goreng sehingga masak.

  5. Kemudian tambahkan tomato puri, garam dan gula secukup rase.Biarkan mendidih selama 2minit.

  6. Setelah siap, hidangkan mi di dalam mangkuk diikuti daging tadi.Tambah parmesan cheese dan daun basil mengikut citarasa sendiri.Siap.