Resepi Ais Krim Kacang Merah

 Dihantar Oleh Pada 22 August, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 7 - 8 orang
Description

Tengah panas? Tengah geram?....Releks laaa!!..Jom kita makan ais krim kacang merah....

Share:
Bahan-bahan
  • 270 g coffemate (creamer tepung)
  • 500 ml susu segar
  • 100 g gula halus (gula kastor)
  • 1 tin kacang merah dalam tin
Cara-cara
  1. Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam (sehingga 3/4 beku).

  2. Toskan kacang merah, lecek hingga hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu.

  3. Perlahankan speed. Masukkan kacang merah lecek dan putar 1 - 2 minit hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua