Dihantar Oleh Pada 14 September, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: Hidangan untuk 4
Description

Resepi mee hailam

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 kg mee kuning
  • 1/4 kg daging ayam dan daging lembu
  • 10 ekor udang (sedang)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 sudu besar ciliboh
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1 potong kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 bungkus 'baby corn'
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang
  • 2 biji limau nipis
  • Sos cili, sos tomato, kicap
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air
Cara-cara
  1. Ayam dan daging direbus bersama 4 cawan air.

  2. Tumis bawang (putih dan merah) yang telah ditumbuk sehingga naik baunya. Kemudian masukkan ciliboh dan kacau hingga garing.

  3. Masukkan udang dan rebusan daging serta ayam tadi. Tambah garam, ajinomoto serta sedikit gula (secukup rasa). Masukkan lobak merah, 'baby corn' dan kobis. Masukkan pula sawi dan mee. Tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi.

  4. Tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau.

  5. Akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak. Untuk menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta hirisan limau nipis.