Dihantar Oleh Pada 13 August, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 org
Description

resepi ibu

Share:
Bahan-bahan
  • 1/4 cawan minyak sapi
  • 2 biji bwg putih,dicincang
  • 2 biji bwg besar,dihiris
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga
  • 6 biji lada putih,ditumbuk
  • 2 cawan beras
  • 2 cawan air
  • 1 cawan susu cair/fresh milk
  • 2-3 titik pewarna kuning
  • 1/2 cawan kismis
  • 3 helai daun pandan
  • untuk menghidang, bawang goreng dan buah badam
Cara-cara
  1. Pijarkan minyak sapi dalam periuk.Goreng bwg besar dan bwg putih hingga kekuningan.

  2. Masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan lada putih.Goreng selama 5minit.

  3. Masukkan beras,air,susu cair,daun pandan yg disimpulkan serta pewarna kuning.Kacau supaya semua bahan serata.Tutup periuk dan tunggu hingga air kering.

  4. Masukkan kismis dan kacau rata.Setelah itu tanak nasi hingga betul2 masak.Ketika menghidang boleh letakkan bawang goreng serta buah badam.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua