Dihantar Oleh Pada 13 September, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4
Description

Nampak tak menarik sangat tapi sedap, cuba jangan tak cuba...

Share:
Bahan-bahan
  • 8 keping roti
  • 2 tin kecil sardin
  • *1/2 ulas bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • Mentega
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur saiz M
  • Minyak untuk mengoreng
Cara-cara
  1. Tumis bahan-bahan * dan masukkan sardin (kuah sardin masuk sedikit sahaja supaya tidak kering, kalau banyak nanti lembik)

  2. Potong tepi roti yang berwarna coklat dan sapukan mentega dan sapukan sardin yang hancur macam buat sandwich.

  3. Bancuh tepung dengan telur dan air secukupnya seperti menggoreng cucur pisang.

  4. Celupkan roti yang siap digulung ke dalam bancuhan tepung dang goreng sehingga warna keperangan seperti gambar.

  5. Toskan dan sedia untuk dimakan dan sesuai untuk juadah berbuka.