Dihantar Oleh Pada 12 August, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Khas untuk dimakan bersama nasi beriani, nasi minyak atau nasi jagung "kak Zara".....yumm!! yumm!!

Share:
Bahan-bahan
  • 1 biji besar nenas sarawak (boleh guna apa2 pun jenis nenas)
  • 2 biji cili merah, dibelah 2 tapi jgn putus
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • 1 camca besar kerisik
  • 2 camca besar rempah kari ikan
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1 keping asam gelugor
  • 5 camca besar gula pasir
  • 1/2 cawan pati santan
  • 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Bahan2 dikisar halus:-
  • 1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
  • 6 ulas bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • BAHAN2 TUMISAN:-
  • 1 batang kayu manis (3 inci)
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
Cara-cara
  1. Kupas nenas, belah 4 dan buang empulur, hiris menyerong setiap bahagian. Rebus dgn serbuk kunyit 1 - 2 minit. Angkat dan toskan.

    open-uri20151010-29872-1stg9ha
  2. Dalam kuali, tuang 1/2 cawan minyak, tumis bahan tumisan hingga wangi, masukkan bahan2 kisar, cili kisar dan juga rempah kari, kacau goreng hingga terbit minyak.

    open-uri20151010-29872-1n1u0n5
  3. Masukkan santan, gula, kerisik, asam gelugor, air dan sedikit garam. Masak sampai mendidih dan hampir pekat.

    open-uri20151010-29872-1oaooe5
  4. Akhir sekali, masukkan nenas tadi dan gaul hingga mesra dgn rempah2 tadi. Biarkan hingga agak kering, rasa garamnya dan bolehlah diangkat untuk dihidang....

    open-uri20151010-29872-106gh9x
Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua