Resepi Mushroom Quinche

 Dihantar Oleh Pada 12 August, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 20 biji
Description

Resepi campak-campak time rajin tahap gaban. Sesuai utk hidangan kanak-kanak.

Share:
Bahan-bahan
  • BAHAN PASTRI
  • 250 g tepung gandum
  • 100 g mentega
  • 90 g air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • BAHAN INTI
  • 200 g cendawan butang (hiris nipis)
  • 100 g susu segar
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun bay (racik halus)
  • 1 biji lada bengala hijau (potong nipis)
  • 1 labu bawang besar (cincang)
  • 4 batang sosej (potong bulat nipis)
  • Parutan keju mozarella secukupnya
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
  • Sedikit mentega
  • Daun parsley (cincang)
Cara-cara
  1. Satukan bahan-bahan pastri hingga menjadi doh yang lembut dan isikan dalam acuan mini pai.

  2. Panaskan mentega.Tumis bawang besar dan daun bay hingga wangi.Masukkan cendawan, lada bengala, sosej, garam dan lada hitam.Masak seketika.

  3. Bancuh susu bersama sedikit garam dan telur.Pukul hingga sebati.

  4. Masukkan inti ke dalam doh yang telah di letakkan ke dalam acuan pai tadi.Curahkan bancuhan susu di atasnya.Taburkan keju dan dan parsley.Bakar pada suhu 180 darjah C selama 25-30 minit.Siap utk dihidang.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Komen