Resepi Kek Oreo Cheese

 Dihantar Oleh Pada 11 August, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 16 hidangan loyang 9"
Description

antara kek cheese yang senang di buat...mesti cuba, sure suka!

Share:
Bahan-bahan
  • 1pek biskut oreo
  • 1/3 c butter - cairkan
  • 3pek krim cheese (8oz setiap satu)
  • 3/4c gula -nk kurang suka hati
  • 1c sour krim
  • 1tsp vanilla essence
  • 4 biji telur
Cara-cara
  1. panaskan oven 350°F . Asingkan sedikit biskut oreo kemudian Hancurkan kesemua baki biskut, buang krimnya.masukkan biskut yang hancur tadi ke dalam butter yg tlah di cairkan tadi. canaikan/tekan dengan kuat pada loyang 9" sehingga padat. so base nih akan jadi lebih kurang dalam 2 inci tebal. ketepikan,

  2. putar krim cheese dan gulah, speed medium sehingga sebati. Tambahkan sour krim dan vanilla, kacau sebati. tambahkan telur, satu per satu dengan speed perlahan. putar sampai sebati saja. biskut yang dah di asing kan awal tadi kita repis-repis dan tabur kat dalam adunan cheese. gaul dengan spatula dengan perlahan. kita tak mau biskut tuh hancur. Tuang kedalam loyang berisi base oreo tadi.

  3. bakar selama 55 minit atau sehingga set. jika perlu elakkan permukaan kek jadi kuning, dengan lapik aluminium foil kat atas kek pada 15 -20 min terakhir. bila dah siap sejukan dulu atas jaring dawai.

  4. lepas tu sejukkan lagi kat dalam peti selama paling kurang 2jam. tapi seeloknya 4 jam.

Tags 
Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua