Resepi Kueh Peneram (Telinga Keling)

 Dihantar Oleh Pada 11 August, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 100 biji atau lebih
Description

Resepi tradisi..Senang dan mudah...Boleh buat utk makan sepuas-puasnya..ni resepi MR yang ke 1900..kikikiki

Share:
Bahan-bahan
  • 250 g tepung beras
  • 250 g tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula apong (gula melaka)
  • Minyak yang banyak utk menggoreng
  • Sedikit garam
Cara-cara
  1. Ayak tepung gandum dan tepung beras bersama.Masukkan gula pasir dan gaulkan.

  2. Larutkan gula apong dan garam dengan air.Masukkan ke dalam adunan tepung.Adunkan.Biarkan 30 minit.

    data.jpeg
  3. Panaskan minyak dengan api yang kecil.Canai adunan tepung dan terapkan bentuk kuih peneram (acuan ada jual). Goreng hingga timbul dan sentiasa balik-balikkan utk masak sekata.

    open-uri20151010-29872-74k3ze
  4. NOTE : kalau masa nak menerap tu adunan melekat, taburkan sedikit tepung gandum pada tempat mencanai, acuan dan tangan.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua