Resepi Makaroni Goreng Pedas

 Dihantar Oleh Pada 11 August, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 - 5 orang
Description

Memang pedas....siap boleh berpeluh lagi u...pastu sat lagi keluar api...

Share:
Bahan-bahan
  • 250 g makaroni, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn 1 camca teh minyak zaitun/jagung/minyak masak
  • 1/2 biji capsicum hijau, didadu
  • 1/2 biji capsicum merah, didadu
  • 1/2 biji capsicum kuning, didadu
  • 2 batang sosej lada hitam ayam mas, didadu
  • 1/3 cawan isi udang
  • 6-7 kuntum cendawan butang, dihiris
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 camca besar sos tiram
  • Kicap cair secukupnya
  • BAHAN2 DIKISAR HALUS:-
  • 7-8 tangkai cili kering, potong, rendam dalam air panas 5 minit dan toskan
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 camca besar udang kering
Cara-cara
  1. Tumis bahan2 kisar hingga garing dan terbit minyak. Masukkan isi udang dan juga sosej, kacau rata. Masukkan sos tomato dan sos tiram, tuang sedikit air (1/2 cawan) dan biar mendidih pada api perlahan.

  2. Masukkan cendawan dan semua bahan didadu. Kacau rata dan masukkan makaroni tadi. Perlahan kan api, gaul makaroni hingga bergaul mesra dgn bahan2 lain. Perasakan dgn kicap cair, gaul rata. Angkat dan hidangkan bersama taburan daun sup/bawang, bawang goreng dan belahan limau kasturi...

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua