Resepi Gulai Masam Ikan Kembung

 Dihantar Oleh Pada 11 August, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang
Description

Resepi emak sejak dulu lagi. Senang sangat2 nak buatnya...

Share:
Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan kembong bersaiz sedang - dipotong 2
  • 6 tangkai cili kering
  • 2 ulas bawang merah
  • Belacan - secukup rasa
  • Sebatang serai - dititk
  • 3 tangkai daun cendehum / kesum
  • 2 keping asam gelugur
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Sebiji tomato - dibelah 4
Cara-cara
  1. Tumbuk cili kering bersama sedikit garam. Setelah lumat, masukkan bawang merah dan belacan. Tumbuk lagi hingga bawang pulak lumat.

  2. Masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi ke dalam periuk.

  3. Masukkan sekali kesemua bahan2 lain termasuk ikan kembung.

  4. Last sekali, masukkan air hingga paras ikan. Kalau nak kuah banyak, masukkan air lagi.

  5. Tenggek atas api hingga mendidih dan masukkan tomato.

  6. Siap untuk dihidangkan...hmm...terliur pulak. Terasa kemasamannya...

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua