Dihantar Oleh Pada 09 September, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: satu family pon bleh
Description

Resepi mama yg lazat sehingga menjilat jari....psssstt x yah bwk anak-anak gi KFC lagi....hehehe

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (ikut suka kalo nak banyak buat banyak)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu minyak bijan
  • 2 sudu serbuk lada putih
  • 1 kotak tepung goreng Kentucky
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Ayam dipotong ikut suka. Kemudian dibersihkan.

  2. Di dalam satu mangkuk, masukkan ayam, telur, minyak bijan dan serbuk lada putih. Gaulkan sehingga rata.

  3. Perapkan lebih kurang 30 minit.

  4. Ambil ayam yang diperap dengan bahan-bahan tadi kemudian digolek-golekkan dengan tepung Kentucky.

  5. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga masak dan keperangan. Ulang hingga habis ayam yang diperap tadi.

  6. Sedia untuk dimakan. Sedap dimakan ketika panas. Selamat mencuba!