Resepi Rojak Penang

 Dihantar Oleh Pada 06 August, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 org
Description

Ciptaan sendiri..Bukan Original resepi..sesuai utk yg jauh di rantauan..

Share:
Bahan-bahan
  • Bhn cucur Udang: 1 cwn tpg gandum
  • 1 cwn air suam
  • 1/2 st yis
  • 1 st gula,1/2 st garam,sedikut serbuk kunyit
  • segenggam taugeh/kucai
  • 2 sb udang kering-tumbuk,Udang secukupnya
  • Bhn keropok: 1cwn tpg beras
  • 2 sb tpg gandum
  • 3/4 cwn air
  • 1 sb serbuk kari daging,1 st garam,sedikit ikan bilis-tumbuk
  • Bhn cucur kelapa: 1/2 cwn tpg gandum
  • 1/4 cwn kelapa parut/kering
  • 1 sb cili giling,1/2 st garam,1st gula
  • 1/3 cwn air
  • ....................................
  • 1 cwn sengkuang hiris memanjang, 1 cwn timun hiris memanjang
  • 1 keping tauhu-goreng n hiris
  • 1 biji telur direbus
  • kuah kacang-saya guna resepi kuah kacang delila dr resepi Cucur Udang Kuah Kacang
Cara-cara
  1. Sediakan adunan cucur udang.satukan tepung,yis,gula,taugeh,serbuk kunyit dan udang kering.gaul rata.masukkan garam.tuang air sebatikan..biarkan 1/2 jam

  2. sediakan adunan keropok.satukan semua bhn gaul sebati.

  3. sediakan Adunan cucur kelapa.satukan semua bahan.kacau rata-adunan ini sedikit keras..

  4. panaskan minyak dalam kuali..Untuk menyediakan keropok:tuang 1 senduk adunan keropok di tepi kuali-seperti membuat rempeyek

  5. tuangkan minyak di atasnya sehingga keropok boleh jatuh ke dlm minyak.goreng hingga keemasan.Ulang hingga adunan habis

  6. Utk cucur kelapa:bentukkan adunan bujur2 dan goreng seperti biasa sehingga keemasan..

  7. Utk cucur udang:panaskan senduk yg sesuai dlm minyak panas.tunggu hingga betul2 panas

    open-uri20151010-29872-1mkz3v
  8. sudukan adunan ke atas senduk rata2..letak udang diatasnya terus masukkan kedlm minyak..tunggu hingga lekang sedikit(boleh keluar sndr)@tolak2 dgn chopstik/garpu.goreng hingga keemasan.ulang proses hingga adunan habis..

  9. utk sediakan rojak,potong cucur udang,keropok dan hiris cucur kelapa agak nipis,satukan dgn sengkuang,timun,tauhu dan telur.tuang kuah kacang di atasnya..sedia utk dimakan :)

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Komen