Resepi Pengat Keladi

 Dihantar Oleh Pada 31 July, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 - 6 orang
Description

Menu biasa bagi orang2 Johor kalau masa "puasa"

Share:
Bahan-bahan
  • 1 biji keladi sederhana besar
  • 1 cawan bubur caca
  • 2 - 3 camca besar biji sagu, cuci dan toskan
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 500 ml santan
  • 1 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 camca teh garam
Cara-cara
  1. Kupas keladi, potong kiub (sederhana besar), cuci dan rebus hingga 3/4 empuk. Toskan.

  2. Masak gula melaka dan gula pasir bersama 1 cawan air hingga semua larut. Tapis air gula dan ketepikan. (Tujuan utk mengasingkan kotoran yg berada dalam gula melaka).

  3. Cuci dibawah air paip bubur caca dan rebus dgn 500 ml air hingga bubur caca lembut. Kemudian masukkan keladi, air gula dan daun pandan tadi. Biar mendidih.

  4. Akhir sekali masukkan biji sagu, santan dan garam. Biar mendidih perlahan hingga keladi betul2 empuk dan elok rasanya. Tambah air jika perlu..

Tags 
Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua