Resepi Ketam Masak Sos Cili Dengan Telur

 Dihantar Oleh Pada 27 July, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Makan 1 famili.
Description

Resepi mudah untuk wanita berkerjaya.

Share:
Bahan-bahan
  • Ketam (byk ikut suka, di bersihkan)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Sos Cili secukupnya
  • Telor 1 biji (kalau telur kecil buleh la guna 2 biji,pukul)
  • Minyak untuk menumis
  • Air
  • Garam, gula dan serbuk perasa.
Cara-cara
  1. Bawang merah,bawang putih dan halia di tumbuk lumat.Kuantiti semua bahan agak2.Ikut kuantiti ketam.Saya buat mcm tu la.

  2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.

  3. Masukkan sos cili dan air.Kalau 5 ketam sederhana besar,masukkan la 5 atau 6 sudu besar sos cili tu.Air agak separas ketam.

  4. Bagi mendidih then buleh la masukkan ketam.Simpan garam,gula dan serbuk perasa ikut citarasa.

  5. Bagi mendidih lagi baru masukkan telur yang telah dipukul tadi.Masak 2 hingga 3 minit lagi, boleh la dihidang.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Komen