Dihantar Oleh Pada 26 July, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: sekeluarga
Description

resipi turun temurun dan kesukaan sekeluarga

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam di potong 16
  • rempah tumis ( kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga )
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • ' * ' bahan yg di kisar
  • * 1 biji bawang besar
  • * 5 ulas bawang putih
  • * 2 inci halia
  • 5 sudu besar rempah kurma
  • 2 biji kentang di belah 2-4
  • air secukupnya
  • minyak sapi/minyak masak
  • garam
  • gula
Cara-cara
  1. panaskan minyak sapi/minyak masak dan tumis rempah tumis, jintan manis dan jintan putih dahulu dan masukkan pula bahan yg telah dikisar tadi sehingga naik bau dan garing

  2. selepas 5-8 minit masukkan rempah kurma dan tumis sehingga kering dan masukkan air sedikit demi sedikit

  3. masukkan ayam dan ubi kentang kacau sebentar selama 5 minit

  4. tambah air ikut kesukaan dan masak sehingga ayam dan ubi kentang hingga empuk

  5. masukkan gula dan garam ikut suka rasanya.

  6. tunggu sehingga kesemuanya siap dimasak dan bolehlah dihidangkan

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua