Dihantar Oleh Pada 26 July, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang
Description

satu lagi resepi utk org yang baru nak diet,simple dan mudah. sori...gambo tak clear sbb pakai hp murah...hehe..

Share:
Bahan-bahan
  • 200 g ayam (bahagian dada)
  • 6-7 biji tomato ceri
  • salad(ikut suka)
  • 2 sudu besar sos barbekue/Woscestershire
  • 1/2 biji perahan lemon
  • 1/2 sudu kecil lada hitam (grounded)
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sudu kecil tabasco
  • garam dan gula secukupnya
  • 2 sudu kecil minyak zaitun
  • sedikit daun parsley (dicincang)
Cara-cara
  1. Perap ayam bersama sos barbekue, kicap manis, lada hitam, tabasco, gula dan garam secukupnya. Ketepikan sekejap.

  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tabur sedikit lada hitam kemudian masukkan tomato ceri. masak sampai kulitnya sedikit hangus. Keluarkan.

  3. Dalam kuali yang sama terus masukkan ayam. Masak sehingga sedikit garing.

  4. Untuk dressing, campurkan perahan lemon, 1 sudu kecil minyak zaitun, garam dan daun parsley.

  5. Kemudian gaulkan dressing, tomato yang dimasak tadi dgn ayam. Siap!!

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Komen