Resepi Sup Campur Ala Siam

 Dihantar Oleh Pada 17 July, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Sekeluarga
Description

Resepi bila penyakit M melanda....

Share:
Bahan-bahan
  • 1 dada ayam (potong kuib kecil)
  • 1 biji tomato (belah lapan)
  • 5 jantung putik jagung (potong serong)
  • 1 batang lobak merah (potong sederhana nipis)
  • 1 batang lobak putih (potong sederhana nipis)
  • Sedikit Brocoli (potong kecil)
  • Sedikit bunga kobis (potong kecil)
  • 1 labu bawang besar (potong berbaji)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • 5 biji cili padi (belah dua)
  • 2 ulas bawang merah (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 1 kiub ayam
  • 2 biji limau kasturi
  • Garam , serbuk perasa dan gula secukup rasa
  • Sedikit daun sup
  • Air secukupnya
  • Minyak utk menumis
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang merah,bawang putih dan cili padi hingga naik bau.

  2. Masukkan air, kiub ayam dan ayam.Biarkan mendidih.Masukkan pula lobak merah, lobak putih, putik jagung dan bawang besar.biarkan mendidih lagi.

  3. Masukkan brocoli, bunga kobis, cili merah, tomato, garam, gula dan serbuk perasa.Biarkan masak.

  4. Masukkan pula daun sup.Biar layu.Perahkan limau kasturi ke dalamnya.Sedia utk dihidang.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua